Menerusi video yang dimuat naik oleh @atikahnizan_, kelihatan seorang budak lelaki yang baru lepas menangis sedang bermain dengan ikan yang sudah mati.
Budak lelaki tersebut kemudian dilihat membawa ikan itu mengikutnya jalan-jalan naik kereta. Apa yang lebih melucukan adalah apabila cara dia memegang ikan tersebut seolah-olah memegang mainan.
Menurut ibu budak lelaki tersebut, dia terpaksa merelakan situasi itu kerana risau anaknya mengamuk.


