HomeNEWSNak kenyang lebih lama? Cuba makanan ini

Nak kenyang lebih lama? Cuba makanan ini

Sebelum makan, lihat apa yang dimakan dan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut. (Gambar Rawpixel)

Pernahkah anda rasa, walaupun baru sahaja makan tetapi masih lagi terasa lapar? Pemilihan makanan yang salah ketika makan adalah salah satu punca yang membuat kita cepat lapar.

Oleh itu, penting untuk mengetahui makanan apa yang boleh memberikan rasa kenyang lebih lama untuk mencegah terjadinya masalah sentiasa lapar.

Beberapa makanan yang dapat membuat kenyang lebih lama, di antaranya:

1. Kentang

Kentang kaya dengan karbohidrat, vitamin C, serat, dan nutrisi sihat lainnya. Menurut “Annals of Nutrition & Metabolism” menyebut, makanan berbahan dasar kentang berkesan untuk mengurangkan nafsu makan.

2. Kekacang

Makanan berasas kekacang merupakan makanan yang kaya dengan kandungan nutrisi seperti protin dan lemak sihat. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam kekacang ini berkesan untuk meningkatkan rasa kenyang.

Selain itu, mengambil kekacang dalam jumlah yang cukup juga boleh mengurangkan rasa lapar tanpa menyebabkan penambahan berat badan.

3. Makanan kaya serat

Mengambil makanan dengan kandungan serat tinggi dapat membuat kita merasa kenyang lebih lama.

Makanan kaya serat juga memiliki pelbagai manfaat lain untuk kesihatan seperti mengawal kadar gula dalam darah dan kolesterol. Beberapa makanan yang kaya serat adalah biji-bijian, kekacang, sayuran dan buah-buahan.

4. Produk olahan susu rendah lemak

Mengambil produk olahan susu rendah lemak boleh membuat perut terasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk makan dalam jangka pendek.

Sebuah kajian mengatakan, “greek yogurt” berprotin tinggi dan berkesan untuk mengatasi rasa lapar, meningkatkan rasa kenyang, dan mencegah kita dari makan secara berlebihan.

5. Telur

Telur merupakan makanan yang dapat mengurangkan rasa lapar dan menjadikan rasa kenyang lebih lama. Selain itu, makanan ini juga mempunyai kandungan protin, vitamin, dan mineral yang sangat baik kepada kesihatan dan tubuh.

6. Daging tanpa lemak dan ikan

Kedu-dua makanan ini memiliki kandungan protin tinggi. Makanan yang kaya protin dapat mengawal nafsu makan dengan berkesan.

Bagi mereka yang menjalani diet “vegetarian”, protin boleh didapati daripada produk lain seperti kekacang.

Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab cepat lapar. Gaya hidup yang tidak sihat, penyakit, dan kondisi tubuh antara penyebabnya. Untuk mengatasinya, anda boleh menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan meningkatkan pemakanan yang membuatkan kenyang lebih lama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Must Read

Related News