HomeEntertainment"Nak Ikut Balik" - Bukan Setakat Dikejar, Lelaki Kena Gigit Angsa Ini...

“Nak Ikut Balik” – Bukan Setakat Dikejar, Lelaki Kena Gigit Angsa Ini Buat Ramai Panik

Cover image via
@epysuffian (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai contoh, haiwan seperti angsa. Mereka ini nampak saja comel dan jinak, tetapi dalam diam mereka juga pandai menyerang dan menggigit.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki digigit dan dikejar angsa telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menjalankan tugasnya untuk menghantar parcel ke rumah pelanggan.

Apa yang mengejutkan adalah apabila dia digigit angsa besar di depan halaman rumah itu. Dengan muka yang relaks, dia terpaksa menahan ketakutan. Namun, angsa itu kelihatan sudah ‘melekat’ di seluar bahagian belakangnya seperti tidak mahu lepas.

Sebaik saja angsa itu melepaskan gigitannya, dia dilihat lari ke dalam kereta tetapi masih juga dikejar oleh angsa itu.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 259K tontonan, 24K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News