@norrmhamad3 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan pula jika mereka petah berkata-kata. Kadangkala, ayat dan soalan yang keluar daripada mulut mereka membuatkan kita sendiri speechless mendengarnya.
Sama seperti video ini yang memaparkan seorang budak lelaki bertanyakan soalan ‘pedas’ kepada ayahnya ketika ingin keluar pergi mengaji telah menghiburkan hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @norrmhamad3, kelihatan lelaki itu sedang berada di depan rumahnya sambil memakai baju Melayu putih lengkap dengan songkok.
Apa yang menghiburkan adalah apabila semasa lelaki itu bersalaman tangan dengan isterinya sebelum keluar rumah, tiba-tiba kedengaran suara seorang budak lelaki di dalam video bertanya pada ayahnya sebab memakai pakaian sebegitu.
“Bah nok gi nikoh mano? Ni nak gi ngaji ko nak gi nikoh?” soalnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.7M tontonan, 148.4K tanda suka serta 2.5K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar soalan daripada anak lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: