HomeEntertainment"Nak Elak Dia Ngantuk" - Isteri Buat Waze Guna Suara Sendiri Untuk...

“Nak Elak Dia Ngantuk” – Isteri Buat Waze Guna Suara Sendiri Untuk Suami Ini Curi Tumpuan

Cover image via
@dianjaunahcantikkaya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malah, ia juga boleh menunjukkan jika tempat yang kita lalu itu sesak ataupun terdapat polis. Kebiasaannya kita akan mendengar suara perempuan dalam bahasa lain seperti english untuk menunjukkan jalan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi bagaimana caranya jika anda ingin menukar suara asal penunjuk jalan itu kepada suara sendiri telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dianjaunahcantikkaya

Nak elak dia ngantuk sbb selalu drive keje jauh

original sound – DianJaunahCantikKaya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi sedikit sedutan video ketika suaminya sedang memandu menggunakan waze sambil kedengaran suaranya yang memberi arahan.

Menurutnya, ia adalah untuk mengelakkan suaminya merasa mengantuk ketika memandu. Disebabkan itu dia menukar kepada suara asal kepada suaranya. Suaminya juga kelihatan seperti suka dan bersemangat ketika memandu.

Dia kemudian menunjukkan bagaimanakah caranya membuat perkara tersebut dengan step by step untuk lebih jelas.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka mengenainya dan ramai juga yang tidak sabar mahu buat untuk pasangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 47.6K views, 5,491 likes dan 142 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News