Ara-Asia
& AEON
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menurut laporan, rangkaian pasar raya terkemuka itu meningkatkan gaji minimum pekerja kepada RM1,500 sebulan berbanding RM1,200 sebelum ini, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Jelas Pengarah Komunikasi Korporat AEON Malaysia, Dr Kasuma Satria Mat Jadi, kenaikan gaji minimum itu membabitkan pekerja gred G dan ia merupakan gaji asas tidak termasuk elaun dan insentif lain.
“Kita bersyukur dapat melaksanakan gaji minimum baharu ini kepada pekerja gred G.
“Ia selari dengan inisiatif lestari Aeon Sayap Bagimu yang menyasarkan untuk menyediakan peluang, dorongan serta sokongan kepada pihak berkepentingan terutama mereka yang memerlukan,” katanya.
Ujarnya, keputusan itu dibuat mengambil kira kepentingan serta kebajikan pekerja selain mendukung saranan kerajaan.
Selain itu, inisiatif AEON dalam melaksanakan kenaikan gaji minimum itu juga adalah selaras dengan usaha memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 8) untuk menyediakan pekerjaan yang baik dan pertumbuhan ekonomi.
Untuk rekod, kenaikan gaji minimum daripada RM1,100 kepada RM1,200 dilaksanakan kerajaan pada 1 Februari dua tahun lalu semasa pembentangan Bajet 2020.
Susulan daripada pengumuman yang dibuat, ternyata ia mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji inisiatif AEON untuk menaikkan gaji minimum kepada pekerjanya.
Malah, ia juga menjadi trending di media sosial Twitter, para netizen menyatakan mereka menyambut baik pendekatan yang diambil oleh AEON.
Berikut antara komen menarik netizen di Twitter: