@ashhryyyyy (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan pula, Allah telah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda bagi orang yang bersedekah pada bulan mulia ini. Selain itu, ia juga dapat menghapuskan dosa-dosa kita.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan niat sedekah seorang lelaki tidak kesampaian apabila dia terjumpa selipar di dalam tong bubur telah mendapat tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @ashhryyyyy, kelihatan seorang lelaki merakam sebuah tong yang berisi bubur kacang untuk disedekahkan.
Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah apabila terdapat beberapa pasang selipar di dalam tong berisi bubur kacang tersebut.
Di ruangan kapsyen, lelaki itu jelas berasa kecewa dengan situasi yang berlaku. Dia juga pasrah menyatakan mungkin tiada rezekinya untuk bersedekah pada hari itu.
Ekoran tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.5M tontonan, 99.9K tanda suka dan 2.9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib lelaki itu.
Malah, ada juga yang mendoakan supaya dia mendapat rezeki yang lebih baik.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: