Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka ini boleh dikatakan dalam fasa yang ingin perhatian. Tidak dinafikan, dengan adanya mereka di rumah pasti akan menjadi riuh suasana. Kadangkala, telatah mereka juga sangat comel sehingga menggeramkan orang ramai.
Sama sepeti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak kecil menangis dan mengadu dengan ayah tentang tangannya sakit tetapi lain pula jadinya bila ayahnya ingin pujuk telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang menangis kesakitan di atas katil biliknya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia mengadu dengan ayah tentang tangannya dicakar kucing sambil menangis. Setelah ayahnya cuba memujuk, dia dilihat enggan dipeluk oleh ayahnya dengan alasan mulut ayahnya bau.
“Ayah tiupin biar sembuh”, kata ayahnya
“Mulut ayah tapi bau”, kata si cilik itu.
Lebih melucukan lagi pada akhir video apabila dia ditanya ayahnya sama ada kucing mereka Kiara itu sudah meminta maaf atau belum, namun jawapannya buat ramai terhibur.
“Kan Kiara masih kucing”, katanya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 187K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: