HomeEntertainmentMula-Mula Excited, Gelagat Geng Perempuan Turun Tangga Lepas Lenguh Hiking Ini Bikin...

Mula-Mula Excited, Gelagat Geng Perempuan Turun Tangga Lepas Lenguh Hiking Ini Bikin Dekah

Cover image via
@jijiedz66 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malah, jika orang yang sudah biasa hiking bersama kawan-kawan, sudah tentu mereka akan terasa ingin mencuba hiking di tempat-tempat baru untuk melepaskan rasa gian.

Tidak dinafikan, ia merupakan satu kepuasan setiap kali kita sampai di puncak bukit atau gunung yang didaki itu kerana dapat melihat pemandangan yang cantik dari atas.

Namun, bagi mereka yang tidak biasa atau pertama kali hiking pastinya akan mengeluh sebaik saja selesai melakukan aktiviti itu kerana terpaksa menanggung lenguh di kaki dan badan.

Begitulah yang terjadi kepada sekumpulan gadis ini apabila video mereka tular di TikTok gara-gara jalan ‘terkengkang’ selepas mendaki Gunung Kinabalu mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jijiedz66

Everyone after climbing Mt Kinabalu. @pakispakispakis94 @minionkinabalu @qilaudzx

original sound – alfi chantika

Menerusi video yang dikongsi oleh @jijiedz66 dengan kapsyen “everyone after climbing Mount Kinabalu”, kelihatan sekumpulan gadis itu pada mulanya teruja untuk mendaki gunung ketiga tertinggi di Asia itu.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila gadis itu menunjukkan situasi dia dan kawan-kawannya selepas mereka selesai mendaki di sana.

Mereka dilihat tidak dapat berjalan dengan betul semasa menuruni tangga di sebuah restoran fast food akibat lenguh selepas hiking.

Malah, gaya jalan mereka yang terkengkang itu membuatkan ramai dapat relate dengan pengalaman sama mereka selepas hiking bersama kawan-kawan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 229K tontonan, 22.9K tanda suka dan 796 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gaya mereka berjalan semasa struggle menuruni tangga itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News