“Mudah” – Ini 5 Ciri Khas Aplikasi Waktu Solat Malaysia Untuk Ramadan Yang Lebih Berkah

0
252
Cover image via
freepik
& Waktu Solat Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi ini sangat terkenal kerana kecanggihan dan kemudahanya untuk mengenalpasti waktu solat, arah kiblat dan masjid berdekatan di mana sahaja anda berada.

Malah, kandungan aplikasi ini juga boleh dikongsi oleh aplikasi luar seperti WhatsApp dan Telegram. Ia sangat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.

Kini, aplikasi Waktu Solat Malaysia akan menghantar notis pada setiap waktu solat bagi memudahkan pengguna menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya. Pengguna boleh menyesuaikan waktu solat dan azan pada bahagian tetapan.

Ramadan juga adalah bulan Al-Quran, jadi marilah kita menggunakan peluang ini untuk membaca Al-Quran sekerap mungkin. Oleh itu, menerusi aplikasi ini yang mengandungi Al-Quran digital, anda sudah boleh membaca di mana sahaja anda berada.

Aplikasi ini turut dilengkapi dengan panduan wirid dan zikir yang dibaca selepas solat serta doa selepas solat, doa qunut dan doa azan. Berdoalah untuk diri sendiri, keluarga, sahabat dan ummat.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia juga menyediakan kandungan berkaitan Ilmu dan Amalan. Fungsi terbaru iaitu sumber ilmu yang membolehkan pengguna menonton siaran langsung rancangan bual bicara Tanyalah Ustaz dan Halaqah.

Jangan lupa juga untuk muat turun aplikasi ini menerusi Google Play, Huawei AppGallery dan App Store.

You may be interested in: