Misteri ketukan pintu tanpa salam yang menghantui penduduk di beberapa kampung di Kuala Selangor kini didakwa sudah sampai ke Port Dickson (PD)
Jika sebelum ini tular dengan kisah insiden misteri ketukan pintu di Sabak Bernam yang masih menjadi tanda tanya penduduk mengenai kejadian tersebut.
Kali ini kejadian yang sama berlaku apabila seorang pemilik akaun Facebook berkongsi cerita mengenai misteri tersebut.
Image via Sinar Harian
Terdengar tiga kali ketukan serentak dalam beberapa saat
Menerusi perkongsian Facebook milik seorang wanita, dia memberitahu kejadian tersebut berlaku pada jam 2.30 pagi dengan bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali.
Menurut laporan, pada masa itu dia masih belum tidur kerana sedang asyik bermain game.
“Saya baru kena dua hari lepas dalam jam 2.30 pagi, tiga kali ketuk serentak. Sekali ketuk lepas beberapa saat tiga kali tu”“Jujur cakap ni, waktu itu memang belum tidur lagi layan perasaan main ‘game candy crush,” katanya.Â
Cuba pusing satu rumah untuk mencari misteri berkenaan
Jelas wanita berkenaan lagi, misteri ketukan pintu itu membuatkan dia merasa ingin tahu dan cuba memeriksa segalanya di dalam rumah.
Namun, tiada apa yang dapat dikenal pasti mengenai ketukan pintu tersebut.
“Saya sampai keluar bilik pusing satu rumah atas bawah ‘check’. Tengok anak-anak semua tidur nyenyak. Cumanya saya tak jenguk keluar tingkaplah,” katanya.
Bagaimanapun, dia tidak berasa apa-apa dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai permainan syaitan, jin dan iblis.
“Sebab minggu ini galak viral pasal benda ini, jadi kita pun yang baca terfikir-fikir, mainan minda dan emosi. Maka datanglah syaitan ini ambil kesempatan” katanya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi perkara yang sama dialami daripada berbeza-beza tempat
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!