@itme_eyen (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Elok-elok tidak membuat kesalahan apa-apa, mesti kita automatik menggelabah bila terpaksa berdepan dengan polis kan?
Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila sebuah warung nasi lemak mendapat tumpuan ramai gara-gara lokasinya yang berada di depan roadblock.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @itme_eyen, kelihatan lelaki itu berkongsi situasi semasa dia sedang membeli nasi lemak.
Tetapi, apa yang menarik perhatian ramai adalah lokasi warung nasi lemak itu yang dikatakan sangat strategik iaitu berada betul-betul di depan roadblock.
Situasi tersebut membuatkan ramai berseloroh kononnya mak cik nasi lemak pandai memilih tempat untuk menjual makanannya untuk menarik perhatian sesiapa saja yang baru melepasi roadblock itu.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 187.3K views, 13.4K likes dan 77 shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lucu itu dan memberikan reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: