HomeEntertainment"Meriah Gila!" - Sambutan Birthday Paling Gempak, Netizen Siap Nak Sewa Satu...

“Meriah Gila!” – Sambutan Birthday Paling Gempak, Netizen Siap Nak Sewa Satu Family Ini

Cover image via
@misisuchii95 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan pula jika seluruh ahli keluarga kita itu sama-sama ‘ting-tong’ atau masuk air, lagilah meriah suasana majlis hari jadi tersebut.

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila sambutan hari jadi seorang pemuda diraikan dengan sangat meriah oleh ahli keluarganya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@misisuchii95

Balas kepada @challedakgirl

bunyi asal – Misis Uchii

Menerusi video yang dimuat naik oleh @misisuchii95, kelihatan mereka sekeluarga sedang menantikan kepulangan pemuda berbaju merah kerana itu merupakan hari jadinya.

Si perakam sudah siap memegang kek hari jadi dan sebaik saja pemuda itu masuk ke dalam rumah, dia disambut dengan lagu Happy Birthday oleh keluarganya.

Mereka bukan saja menyanyi bersama-sama dengan kuat dan semangat, malah turut menyambut pemuda itu dengan tarian baik budak kecil sehinggalah orang dewasa walaupun hanya menyanyikan lagu hari jadi.

Lebih menggamatkan lagi, seorang budak lelaki berbaju hijau dilihat seperti ‘naik sheikh’ dan menari beria-ia membuatkan mereka semua tergelak. Senang cerita, satu keluarga memang sporting!

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 1.1M views,132.9K likes dan 7.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat betapa meriahnya mereka menyambut hari jadi ahli keluarga.

Malah, ada yang mengatakan seronok mempunyai keluarga yang meriah dan masuk air macam itu kerana kebahagiaan tidak semestinya memerlukan wang ringgit.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News