Cover image via
@anastasiaptri (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah tentu, di hari bahagia itulah kedua pasangan mempelai dapat mencipta memori indah bersama keluarga dan rakan-rakan. Pada hari perkahwinan juga, pasangan mempelai memakai busana pengantin yang cantik.
Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila seorang pengantin berbaju gaun dilihat terpaksa membuang air besar telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengantin dan pengapitnya sedang berada di tandas akibat sakit perut.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat telah bersiap dan memakai gaun pengantin yang cantik. Akibat terlalu sakit perut, dia terpaksa pergi ke tandas sambil ditolong oleh pengapitnya walaupun gaunnya dilihat sangat tidak selesa untuk bergerak.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 22M tontonan, 2M tanda suka dan 60K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pengantin perempuan bersama pengapitnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: