HomeNEWSMenteri nafi dakwaan KKM benar pekerja Top Glove dikuarantin bekerja

Menteri nafi dakwaan KKM benar pekerja Top Glove dikuarantin bekerja

PETALING JAYA: Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob nafi Kementerian Kesihatan membenarkan pekerja syarikat Top Glove yang sedang dikuarantin bekerja.

Katanya pada sidang media, pekerja tempatan dan asing yang menjalani kuarantin tidak dibenarkan bekerja sehingga keputusan saringan ulangan negatif dan pelepasan pemerhatian di rumah diberikan.

“Ini menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh orang ramai, yang mengatakan ada kerjasama antara KKM dan Top Glove untuk membenarkan mereka yang disaring ini bekerja seperti biasa,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa mereka yang dikuarantin 14 hari memakai gelang menunjukkan mereka dikuarantin, dan mereka ditempatkan di pusat kuarantin.

“Tidak ada yang dilepaskan untuk berada dalam komuniti,” katanya.

Must Read

Related News