“Mentaliti Kelas Ketiga” – Shopping Tak Ingat Dunia, Ramai Geram Tengok Kedai Bersepah Ini

0
231
Cover image via
@bellashariman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Shopping mall sudah pun mula dipenuhi orang ramai yang ingin membeli barangan raya. Lagi-lagi, tahun ini SOP sudah tidak seketat seperti tahun-tahun yang lepas. Jadi, pasti ramai yang shopping tak ingat dunia bukan?

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan situasi sebuah kedai kasut yang bersepah selepas dikunjungi orang ramai telah mendapat perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @bellashariman, kelihatan keadaan di sebuah kedai kasut yang tidak dikenal pasti.

Apa yang mengejutkan ramai adalah apabila kedai kasut itu dilihat sangat bersepah dengan kotak dan kasut di atas lantai dan juga di dalam rak.

Difahamkan, hal ini terjadi kerana sikap buruk sesetengah rakyat Malaysia yang tidak mengemas kembali kasut-kasut selepas membeli di kedai tersebut.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa berang apabila melihat situasi kedai kasut yang bersepah itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 926.1K views, 37.4K likes dan 1.9K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: