HomeEntertainment"Member Pantang Dicabar" - Budak Lelaki Baca Doa Gaya Komando Ini Raih...

“Member Pantang Dicabar” – Budak Lelaki Baca Doa Gaya Komando Ini Raih Perhatian Warganet

Cover image via
@pangerangendut (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti biasa, pasti akan ada seorang ketua dalam kalangan mereka yang dilantik oleh guru untuk mengetuai bacaan doa.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang budak lelaki yang membaca doa dengan gaya komando di tadikanya telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video daripada @pangerangendut, kelihatan budak lelaki tersebut sedang mengetuai bacaan doa makan di depan kawan-kawannya yang lain.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia yang pada mulanya membaca doa itu dengan nada perlahan, tiba-tiba menaikkan suaranya.

Rupa-rupanya, dia tidak mahu kalah dengan suara kawan-kawannya yang lebih kuat di depan. Lama-kelamaan, bacaan doa sudah kedengaran seperti arahan kawad kaki komando kerana masing-masing berlawan menjerit.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 950.5K views, 132.3K likes serta 6.8K shares di laman TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gaya budak lelaki itu membaca doa.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News