HomeEntertainmentMember Masuk Air Bagi Pelbagai Hadiah Kahwin, Tapi Yang Terakhir Pula Jadi...

Member Masuk Air Bagi Pelbagai Hadiah Kahwin, Tapi Yang Terakhir Pula Jadi Perhatian

Cover image via
@haziqzikri1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selalunya, kawan-kawan atau saudara-mara pengantin akan memberikan perkakas dapur seperti set pinggan-mangkuk, airfryer dan peralatan memasak. Hal ini untuk memudahkan pengantin menjalani kehidupan mereka yang baru.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sepasang pengantin baru menerima pelbagai hadiah perkahwinan yang lain daripada lain telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@haziqzikri1 Selamat Pengantin Baru @redzuwan469 @frhnasalleh_ semoga kekal hingga akhir hayat @ket5979 @dinn6020 @terbangmadd_26 @paku_longgaq @dekmad__ @aimannnn.6020 @adiknaim9342 @adam9432 Selamat Pengantin Baru – Wann

Menerusi video yang dikongsi oleh @haziqzikri1, kelihatan sepasang pengantin baru sedang bersanding di atas pelamin.

Terdapat juga beberapa orang rakan-rakan pengantin lelaki sedang bergilir-gilir memberi hadiah perkahwinan kepada mereka berdua.

Hadiah-hadiah yang diberikan memang pelbagai jenis seperti kuali, penyapu, penyodok dan macam-macam lagilah. Namun, apa yang lebih melucukan adalah hadiah terakhir yang diberikan merupakan baju tidur seksi.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 96K tanda suka dan 2.2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat hadiah baju tidur seksi yang diberikan kepada pengantin tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News