Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa berhadapan dengan cabaran air yang masih belum surut dan suasana gelap sepanjang operasi menyelamat.
“Saya di Taman Sri Muda malam ini bersama pasukan penyelamat membantu menyelamatkan mangsa yang terkandas.
“Cabaran yang dihadapi selain dari air yang masih belum surut ialah suasana gelap gelita serta kereta yang terbengkalai menyukarkan pergerakan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.
“Proses penyelamat akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam.
“Segala aset yang sesuai seperti bot telah dikerah untuk membantu proses pemindahan mangsa banjir.
“Saya difahamkan jumlah anggota tentera turut ditambah untuk membantu usaha ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam tadi.
Sementara itu, tinjauan di media sosial Twitter mendapati masih ramai mangsa yang meminta tolong untuk diselamatkan dan di sekitar kawasan juga keadaan sekelilingnya masih bergelap susulan ketiadaan bekalan elektrik selain hubungan telekomunikasi terputus ekoran banjir yang melanda.