HomeUncategorizedMasih Tertanya Cara Pekerja R&R Pergi Balik Kerja? Netizen Dedah Misteri Itu...

Masih Tertanya Cara Pekerja R&R Pergi Balik Kerja? Netizen Dedah Misteri Itu Dalam Video!

Pasti kebanyakan di antara kita pernah menggunakan lebuh raya

Sama ada menggunakannya sebagai jalan utama untuk ke tempat kerja atau melaluinya tatkala pulang bercuti ke kampung menjelang musim perayaan, lebuh raya adalah laluan yang ramai orang gunakan.

Image via Rojak Daily

Lebuh raya merupakan jalan besar yang menghubungkan seluruh negeri di Malaysia, maka jikalau menempuh perjalanan yang jauh dan lama sudah tentu boleh membuatkan pemandu berasa penat.

Image via Makan Lena

Disebabkan itu wujudlah kawasan ‘Rehat dan Rawat’ atau R&R yang selalunya terletak di tengah-tengah lebuh raya ini yang selalunya agak jauh daripada persimpangan masuk mahupun keluar.

Tetapi pernah tak anda terfikir bagaimana agaknya pekerja-pekerja di kawasan R&R ini pergi dan pulang dari bekerja?

Jalan mana mereka lalu? Mereka masuk ikut jalan mana? Pulang pula ikut jalan mana? Takkan perlu bayar tol setiap masa? Atau mereka tinggal di sana? Atau… ahh memang banyak persoalan tak terungkai.

Image via Twitter @sitikhadijah_a

Image via Twitter @sitikhadijah_a

Berdasarkan tweet tersebut, rata-rata warganet memberikan respon mereka perihal persoalan itu.

Menurut kebanyakan mereka, terdapat lorong-lorong kecil di setiap R&R yang menghubungkannya ke kawasan perumahan. Meskipun begitu, lorong-lorong berkenaan hanya boleh digunakan oleh kenderaan kecil seperti motosikal sahaja.

Image via Twitter @sitikhadijah_a

Image via Twitter @sitikhadijah_a

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah merungkaikan ‘misteri’ itu dengan merakam dirinya melalui lorong kecil di belakang R&R di Kuantan

Menurut Auni, dia juga baru tahu tentang keberadaan lorong kecil itu lalu melaluinya dengan motosikal bersama suami.

Okay nahh untuk yang curios! Sebab i pun baru tau pic.twitter.com/iZ7yADPLrT

— auni (@AuniFaizun_) January 6, 2020

Ok lastttt time ni musim hujan so jalan dia macam tu. Hmm bahaya sebenarnya. Panching, Kuantan pic.twitter.com/VHeByVDMFs

— auni (@AuniFaizun_) January 7, 2020

Ternyata, rakaman tersebut akhirnya telah memberi gambaran jelas tentang cara sebenar pekerja-pekerja di kawasan R&R pergi dan balik dari tempat kerja setiap hari.

Amacam?

Best kan bila sudah tahu jawapan kepada misteri pekerja R&R ini.

Image via GfyCat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News