Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dapat mengikat hubungan yang sah itu merupakan satu rezeki dan kenangan tidak dapat dilupakan setelah lama merancang. Jodoh sudah pasti merupakan ketentuan Tuhan. Tidak kira, dengan siapa kita berkahwin dan berapa umur si dia.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pengantin lelaki masak char kuey teow di majlis perkahwinannya sendiri telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan pengantin lelaki dan perempuan sedang berada di sebuah tempat sambil mengenakan busana pengantin mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat sedang memasak char kuey teow sambil diperhati oleh isterinya. Difahamkan, isterinya sering membeli char kuey teownya sebelum mereka berkahwin.
“Dulu abang aku niaga char kuew teow tepi jalan, ada awek ni selalu datang gerai dia. Abang aku pun try try ngorat, rupa rupanya dia tu doktor”, kapsyen videonya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.7M tontonan, 274K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: