Malas Nak Beratur Panjang? Ini Cara Mudah Untuk Perbaharui Lesen Anda Secara Online

0
574
Cover image via Sarawak Voiice & Online Jobs Philippines

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala sampai penat nak tunggu giliran sebabkan terlalu ramai orang yang ingin menggunakan perkhidmatan sama.

Namun, tahukah anda sebenarnya anda kini memperbaharui lesen anda secara online saja. Ikuti perkongsian daripada pengguna Twitter bernama @anisssurayaaa ini.

1. Buka laman web Lesen2u

Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan membuka laman web Lesen2u terlebih dulu. Anda boleh klik di sini.

2. Tekan butan perbaharui sekarang

Langkah seterusnya adalah anda perlu menekan butang yang menulis ‘Perbaharui Lesen Memandu’. Sebelum itu, pastikan lesen anda masih belum tamat tempoh, untuk elakkan anda didenda. Sebelum itu, pastikan lesen anda masih belum tamat tempoh, untuk elakkan anda didenda.

3. Isi borang

Anda kemudian diminta untuk mengisi segala butiran diri. Pastikan anda menyemak kembali dan isikan maklumat dengan betul.

4. Hantar permohonan

Sebaik saja selesai mengisi maklumat, anda boleh menekan butang ‘Hantar permohonan dan buat bayaran‘ untuk ke langkah berikutnya.

5. Buat pembayaran

Anda kini diminta untuk membuat pembayaran secara online banking dan memilih bank yang anda gunakan. Semak kembali nombor telefon dan alamat email anda. Screen shot maklumat pembayaran dan simpan sebagai bukti.

6. Tunggu proses

Selepas selesai semuanya, anda perlu menunggu proses tersebut yang mengambil masa 4 hingga 5 hari waktu bekerja. Anda akan mendapat slip sementara menggantikan lesen, tunggu sehingga lesen siap.

via GIPHY

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: