“Majuk Ah” – Budak Perempuan Minta Makanan Tapi Tak Dilayan, Reaksinya Pula Menghiburkan

0
306
Cover image via
@armanmohamad649 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gelagat spontan mereka kadangkala boleh menghilangkan rasa penat setelah seharian ibu bapa bekerja.

Tambahan pula jika mereka meniru gaya ibu atau bapa. Iyalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan?

Seperti video yang viral di TikTok baru-baru ini yang memaparkan gelagat seorang budak perempuan yang merajuk kerana tidak diberi makan telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @armanmohamad649, kelihatan si kecil itu sedang berada di ruang tamu bersama abangnya yang sedang makan.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia cuba meminta pinggan abangnya itu, kemudian si abang tidak mahu memberikan kepadanya.

Perkara tersebut membuatkan dia terus menarik muka dan berkata “majuk ah!” berulang kali dengan harapan seseorang akan memujuknya. Malah, dia siap menutup muka dengan bantal.

Ternyata, video berkenaan berjaya membuatkan ramai terhibur sehingga mencecah 4.2M views, 352.5K likes dan 8.5K shares di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: