Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sehinggakan ramai yang terkesan akibat bencana ini. Ada juga yang terkorban nyawanya disebabkan lemas dihanyut air. Tidak dinafikan banjir kali ini merupakan sebuah tragedi buat semua rakyat Malaysia.
Semua mangsa banjir sudah pasti bertungkus-lumus untuk mendapatkan bantuan kecemasan sambil mengangkat barang penting bagi yang berkesempatan. Sama seperti video yang tular di TikTok apabila seorang pemuda cuba menyelamatkan kambing telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang mendukung sesuatu daripada jauh dengan keadaan banjir tetapi air telah surut.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat mendukung seekor kambing untuk menyelamatkannya daripada dihanyut air. Lebih melucukan lagi adalah apabila kambing itu mengeluarkan bunyi menangis seperti bunyi ‘help’.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.7M tontonan, 481K tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihatnya. Malah, mereka juga memberikan pelbagai reaksi lucu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: