1. “Ada CCTV, Boleh Nampak Semua” – Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat ‘Wayang’ Dalam Pawagam
Selain daripada filem yang menarik, keselesaan tempat duduk di dalam pawagam kadangkala juga amat dititikberatkan oleh penonton. Maklumlah, untuk dapatkan pengalaman sinematik terbaik, mestilah kita inginkan yang terbaik.
Namun begitu, kadang-kadang tanpa diduga, waktu sedang syok tengok wayang ini kita akan diganggu dengan pasangan yang sibuk buat ‘wayang’ sendiri. Selalunya mereka akan memilih untuk duduk di area belakang-belakang sebab senang nak sorok.
Menerusi laman Twitter, @pineabul yang juga merupakan bekas pekerja di sebuah rangkaian pawagam telah tampil menyatakan bahawa setiap panggung wayang mempunyai kamera CCTV yang diletakkan berhampiran dengan skrin bagi memantau kelakuan penonton wayang.
Artikel penuh di sini.
2. Cara Mohon & Semak Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Untuk Golongan B40, M40
Menurut laporan, Perdana Menteri berkata, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang sudah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.
Kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.
Kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.
Artikel penuh di sini.
3. “Tak Pasal-Pasal” – Lelaki Ini Kena Bayar Harga Burger RM920 Masa Pesta Hari Jadi
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Liddy membuat satu perkongsian mengenai seorang lelaki.
Dia mendedahkan bahawa lelaki tersebut enggan membayar bil makanan yang berasingan selepas menyertai satu pesta makan malam sempena sambutan hari jadi.
Dipendekkan cerita, lelaki itu hanya memesan burger dan air sahaja yang dianggarkan lebih kurang RM80+, sementara 7 orang yang lain memesan makanan yang mahal-mahal dan alkohol.
Artikel penuh di sini.
4. [VIDEO] “Dah Beli, Malu Pula Nak Bayar” – Remaja Ini Beri Mesej Buat Pelanggan 7-Eleven
Tular baru-baru ini di laman sosial TikTok apabila seorang remaja lelaki yang bekerja di 7-Eleven berkongsi satu posting mengenai pendapatnya yang membuatkan ramai setuju.
Dalam video tersebut dia menyampaikan mesej kepada pelanggannya yang hadir untuk membeli barangan peribadi tapi malu untuk membayarnya.
Disebabkan itu dia seolah-olah merasakan ianya bukan satu masalah bagi dirinya untuk pelanggan tersebut membeli barang berkenaan kerana itu adalah hak mereka.
Artikel penuh di sini.
5. [VIDEO] Viral Remaja Perempuan Buat Suara Doraemon Masa Drive Thru, Abang McD Gelak Sakan
Menerusi video tersebut, remaja lelaki itu sedang merakam kawan perempuannya ketika sedang membuat pesanan.
Mereka merancang misi untuk mengacau abang McD dan tidak sangka apabila kawannya meniru suara Doraemon sambil berkata “sundae cone satu”, abang McD pun turut tergelak kerana suaranya yang sebiji sama dengan Doraemon.
Namun, ada juga yang berkata aksi spontan itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa penat pekerja McD dengan menghiburkan mereka.
Artikel penuh di sini.
6. Lelaki Guna FaceApp Ubah Wajah Jadi Wanita Untuk Prank Ibu, Tapi Respon Ibu Ini Win Habis!
Jika sebelum ini pengguna menggunakan FaceApp untuk melihat muka mereka apabila berusia kelak dengan filter wajah tua, kini rata-rata warganet teruja menggunakan aplikasi itu untuk melihat rupa mereka dalam versi berlawanan jantina.
Menerusi laman Twitter, Hafiz Abdul Aziz telah berkongsikan bagaimana dia mengubah wajahnya kepada rupa seorang gadis menggunakan FaceApp.
Hafiz kemudiannya menggunakan gambar itu untuk diperkenalkan sebagai girlfriend barunya kepada si ibu sebagai prank. Tanpa menyedari yang ‘gadis’ itu sebenarnya adalah anak lelakinya, ibu Hafiz terus reject gara-gara tidak menutup aurat.
Artikel penuh di sini.
7. Cara Solat Sunat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan JAKIM Susulan PKP
Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala.
Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Usah risau kerana kita masih boleh menunaikan solat tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah bersama keluarga di rumah.
Artikel penuh di sini.
8. Tiada Bil Elektrik Bercetak Sepanjang PKP, Ini Cara Untuk Anda Cek Bil TNB Secara Online
Susulan daripada PKP tersebut, pergerakan setiap individu adalah sangat terbatas malah banyak perniagaan juga ditutup buat masa ini.
Bukan itu sahaja, sebahagian besar perkhidmatan turut dijalankan secara dalam talian sahaja seperti pendaftaran i-Akaun KWSP dan pelbagai lagi urusan lain.
TNB menerusi laman web rasminya memaklumkan bahawa ia bakal menghentikan sementara pengeluaran bil bercetak ketika tempoh PKP iaitu bermula Mac 2020. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB terjaga.
Artikel penuh di sini.
9. [VIDEO] Gelagat Baby Nak Termuntah Lepas Kena Cium Dengan Ayah Buat Ramai Terhibur
Menerusi video berdurasi 14 saat itu, bayi tersebut menunjukkan reaksi seperti nak termuntah sebaik saja dicium ayahnya beberapa saat di bahagian mulut.
Apa yang lebih melucukan apabila si ayah siap membebel kata “woi, adik kurang ajar ingat mulut ayah mulut neraka” dengan nada jenaka.
Ayahnya kemudian sekali cuba untuk mencium anaknya itu dan reaksinya tetap sama seperti mahu termuntah.
Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat lebih 3 juta tontonan di TikTok, rata-rata warganet terhibur dengan telatah spontan dan comel bayi itu.
Artikel penuh di sini.
10. “Queen Of Malaysia The Biggest Hypocrite” – Netizen Marah Imam Palsu Hina Permaisuri Agong
Tidak dinafikan, YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat disenangi kerana sikap yang mudah didekati dan sering prihatin dengan masalah dihadapi oleh rakyat dan negara.
Sebagai contoh baru-baru ini, seakan memahami kepenatan dan kepayahan yang dilalui oleh para petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19, Raja Permaisuri Tunku Hajah Azizah mengharukan rakyat jelata apabila baginda menghadiahkan makanan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh.
Namun baru-baru ini, tular di Twitter tentang satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong.
Artikel penuh di sini.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca di Seismik. Semoga anda terus menyokong terus menyokong kami pada tahun 2021 dan seterusnya 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!