HomeEntertainmentLelaki Ini Selamba Giling Cili Guna Tangan & Makan Kepala Ayam Buat...

Lelaki Ini Selamba Giling Cili Guna Tangan & Makan Kepala Ayam Buat Ramai Kembang Tekak

Cover image via
@ribut_28 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Namun, pernahkah anda melihat orang memasak kepala ayam sekali dengan balungnya? Bukan itu saja, ada pula yang sampai menggiling cili dan menumis bahan masakan di kuali dengan hanya menggunakan tangan saja. Wow!

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang lelaki dari Indonesia telah mencuri perhatian ramai gara-gara cara memasaknya yang rare.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ribut_28, kelihatan dia sedang memasak sebuah menu yang mungkin popular di negeri atau tempat tinggalnya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia dilihat menumbuk dan menggiling cili dengan hanya menggunakan tangannya. Malah, dia juga selamba menumis cili itu di dalam kuali yang panas guna tangan juga.

Tetapi, apa yang membuatkan ramai kembang tekak dan naik hairan adalah apabila dia memasak kepala ayam sekali dengan balungnya. Menu itu nampak seperti gulai minang dan resepi dari Indonesia.

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 1.3M views, 66K likes dan 10.9K shares di TikTok, rata-rata netizen turut meninggalkan komen masing-masing mengenainya.

Kebanyakan daripada mereka baru pertama kali melihat orang memakan kepala ayam seperti itu dan meragui sama ada ayam itu disembelih secara halal atau tidak.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News