HomeUncategorizedLelaki Ini Dakwa Rekaan Tudung ‘Bawal Magnetic' Miliknya Kini Ditiru Oleh Jenama...

Lelaki Ini Dakwa Rekaan Tudung ‘Bawal Magnetic’ Miliknya Kini Ditiru Oleh Jenama Terkenal

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu sedar betapa pentingnya untuk mendaftarkan rekaan atau hasil kerja milik kita sebagai pencipta di MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia)

Sebenarnya ianya bukanlah terhad pada rekaan kepada produk semata-mata. Contohnya logo yang kita telah daftarkan dari segi tulisan dan warna juga tidak boleh senang-senang diciplak atau ditiru atau pihak lain dan pelbagai lagi.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini timbul isu mengenai founder The Jasmine, Yusfariq Iqmal meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa tudung bawal magnetic rekaan miliknya telah ditiru oleh sebuah jenama tudung terkenal milik usahawan wanita popular.

Menerusi perkongsian videonya di platform TikTok, dia dilihat menangis teresak-esak apabila mengetahui konsep dan idea serta hasil usaha kerasnya sejak dua tahun lalu diciplak oleh jenama besar tersebut.

Tonton video penuh perkongsiannya di bawah:

@yusfariq

PLEASE STOP COPYING SMALL BUSINESS IDEA. ##thejasmine ##bawalmagnetic

original sound – Abe Yus | TJ

“She copied my idea this time” – Founder The Jasmine, Yusfariq Iqmal

Image via @yusfariq (TikTok)

Image via @yusfariq (TikTok)

Image via @yusfariq (TikTok)

Difahamkan, dia telah mendaftar nama dan teknologi yang digunakan di MyIPO, tetapi untuk rekaan tersebut dia perlu membayar belasan ribu ringgit dan mengambil masa bertahun lamanya untuk diluluskan. Malah, perusahaan perniagaan kecil sepertinya tidak mampu untuk menanggungnya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen di video berkenaan, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat kepada Yusfariq untuk tidak mudah berputus asa dan berharap dia terus kuat dalam bisnes yang dijalankannya.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:

Image via @yusfariq (TikTok)

Image via @yusfariq (TikTok)

Image via @yusfariq (TikTok)

Image via @yusfariq (TikTok)

Disclaimer: Pihak SAYS Seismik telah menghubungi pihak tertentu untuk meminta pengesahan dan kenyataan mengenai isu ini. Namun, tiada komen balas atau kenyataan dapat dikeluarkan oleh pihak terbabit.

Semoga isu ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Teruskan menyokong jenama lokal dan industri tempatan kita! Kalau bukan kita siapa lagi 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Must Read

Related News