HomeEntertainmentLelaki Ini Belikan Ayam Goreng Untuk Cik Meow Tepi Jalan, Sekali Lain...

Lelaki Ini Belikan Ayam Goreng Untuk Cik Meow Tepi Jalan, Sekali Lain Pula Yang Jadi

Cover image via
@nurul.hafizah96 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak salah jika mahu berkongsi rezeki dengan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu kerana ia juga mempunyai perasaan lapar dan dahaga sama seperti manusia.

Baru-baru ini, tular di TikTok memaparkan seorang lelaki yang membelikan ayam goreng untuk seekor kucing telah mencuri tumpuan gara-gara satu insiden yang tidak dijangka.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurul.hafizah96, kelihatan suaminya meletakkan ayam goreng yang baru dibelinya untuk seekor kucing yang berada di kawasan kedai makan itu.

Namun, belum sampai beberapa saat tiba-tiba muncul seorang lelaki berbaju biru yang mungkin gelandangan di situ mengambil ayam goreng tersebut.

Kucing itu terkejut apabila ternampak lelaki itu mengambil makanannya, manakala suami wanita berkenaan pula tergelak kerana dia tidak perasan kelibat lelaki tersebut di belakangnya.

Untuk mengelakkan salah faham berlaku, suami wanita itu telah menjelaskan di ruangan komen bahawa dia mengambil keputusan untuk patah balik dan belikan makanan serta air buat pak cik berbaju biru itu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 245.3K views, 8.5K likes serta 89 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memuji kebaikan yang dilakukan oleh suami wanita berkenaan yang prihatin terhadap kucing dan insan yang memerlukan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News