Lelaki Ini Baru Nak ‘Acah’ Garang Dengan Isteri, Sekali Kena Jerkah Terus Lain Jadinya

0
209
Cover image via
@sujimy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun ada sesetengah lelaki mendapat isteri yang garang, namun merekalah yang sebenarnya paling penyayang.

Istilah ‘takut bini’ sudah sering kita dengar baik dalam filem mahupun realiti. Tetapi, kadangkala timbul juga situasi lucu apabila mereka cuba untuk menjadi garang dengan isteri.

Seperti video tular ini yang memaparkan gelagat seorang lelaki cuba untuk menjadi garang dengan isterinya bertukar menjadi situasi lucu telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sujimy Bila suami nak standby isteri.Uncle relate sangat dengan video @sarel206 , jadi uncle buat versi [email protected] @kedaisujimy.com #couplegoals #fyp original sound – sujimy

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sujimy, kelihatan lelaki itu ingin menelefon isterinya untuk menyuruh dia memasak lauk kegemarannya sebaik saja tiba di rumah.

Namun, lain pula yang terjadi apabila isterinya mengangkat telefon. Daripada ingin menyuruh isteri masak, dialognya terus bertukar sebaik saja mendengar suara garang si isteri.

Malah, dia juga menuruti permintaan si isteri untuk membeli macam-macam seperti roti, telur dan durian. Pada akhir video, dia sempat berkata seorang diri “kenapa jadi lain pulak dialog ni, apa jadi dengan makanan favourite aku?”.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M views, 113.9K likes dan 2.9K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perbualan suami isteri itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: