HomeEntertainmentLelaki Berenang Tak Cukup 'Air' Lepas Terpijak Badan Whale Shark Undang Komen...

Lelaki Berenang Tak Cukup ‘Air’ Lepas Terpijak Badan Whale Shark Undang Komen Lucu Netizen

Cover image via
@widi_nabire (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Paling banyak ikan yang kita akan jumpa ada ikan nemo. Sesetengah pulau pula terdapat banyak penyu besar. Kalau bernasib baik, kita siap boleh bermain lagi dengan penyu dan memberi ikan makan.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia terpijak badan seekor jerung paus telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video daripada @widi_nabire, kelihatan lelaki itu dan kawannya sedang snorkeling di laut.

Dia yang dilihat pada mulanya santai menikmati suasana di dalam air biru itu tidak menyedari ada seekor jerung paus datang dari arah belakangnya.

Namun, sebaik saja dia perasan kelibat jerung paus itu dan tidak sengaja terpijak badannya, lelaki tersebut cepat-cepat berenang naik ke atas kerana akibat ketakutan.

Walaupun situasi itu kelihatan cemas, tetapi reaksinya yang berenang dengan sangat menggelabah dan tidak cukup air itu telah mengundang tawa netizen.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 4.8M views, 285.5K likes dan 8.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara lelaki itu berenang lari daripada jerung paus tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News