HomeNEWSLebih ramai wakil NGO dilantik anggotai majlis bandar raya di PP

Lebih ramai wakil NGO dilantik anggotai majlis bandar raya di PP

Anggota Exco Jagdeep Singh Deo berkata, lebih ramai wakil NGO dan profesional akan dilantik sebagai ahli majlis MBPP dan MBSP).

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan mengurangkan lantikan politik, sebaliknya menambah wakil NGO dan profesional dalam majlis bandar raya di negeri itu.

Sebelum ini, hanya tiga atau empat wakil NGO dilantik sebagai ahli majlis dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai dengan 24 anggota itu setiap tahun.

Dengan kuota baru tujuh wakil NGO dan profesional kini terlaksana, akan ada hanya 17 lantikan politik dalam setiap majlis itu berbanding 20 sebelum ini.

Kini terdapat tiga wakil NGO dalam MBPP dan empat dalam MBSP.

Pada sidang media hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Jagdeep Singh Deo berkata, pelantikan tahun depan akan menyaksikan paling kurang 30% wakil dilantik terdiri daripada wanita.

DAP mempunyai ahli terbanyak dalam dua majlis berkenaan, seramai 10 orang setiap satu, sementara PKR mempunyai lapan ahli dalam MBPP dan sembilan dalam MBSP. Amanah mempunyai dua wakil dalam kedua-dua majlis berkenaan.

Berhubung lantikan itu, Jagdeep berkata, amalan biasanya ialah Penang Forum dan Dewan Perniagaan Cina akan melantik ahli masing-masing untuk mengisi kuota yang ada.

Katanya indiividu yang berminat untuk dilantik sebagai ahli majlis boleh berbuat demikian selewat-lewatnya pada 15 Dis dengan menulis kepada [email protected] atau menelefon 04-650 5379 untuk mengesahkan kelayakan.

Must Read

Related News