Lebih 9k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Biskut Nestum Mudah Guna 5 Bahan Je!

0
419

Sejak cuti sekolah ini, ibu-ibu di rumah sentiasa perlu menyediakan makanan untuk anak-anak kecil yang kelaparan

Image via giphy.com

Selain dari hidangan berat, ibu-ibu juga boleh mencuba menyediakan kudapan yang sihat dan tidak mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi. 

Jika anda tercari-cari resepi kudapan yang mudah, anda wajib sekali mencuba resepi Biskut Cornflakes Nestum ini yang mudah ini. Resepi ini hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Jika anda mahu, anda juga boleh menambah cip coklat, kekacang dan banyak lagi!

Untuk resepi Biskut Cornflakes Nestum simple yang hanya menggunakan 5 bahan, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Nor Zahidah Kamal ini yang telah mendapat sebanyak 9k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Image via Nor Zahidah Kamal / Facebook

300 gram Cornflakes

500 gram Nestum

6 sudu besar madu

250 gram marjerin (1 cawan)

1/4 cawan gula aising 

Jom ikuti cara membuatnya pula:

Image via imgur.com

Ramas Cornflakes sehingga hancur tetapi tidak terlalu halus.

Masukkan Nestum.

Gabungkan madu, gula dan marjerin dan gaul sehingga sebati.

Kemudian, masukkan campuran marjerin, madu, gula ke dalam Cornflakes dan Nestum tadi.

Gaulkan sehingga semua bahan-bahan sebati dan disalut rata.

Masukkan ke dalam acuan mufin dan padatkan dengan cawan.

Panaskan ketuhar selama 10 minit terlebih dahulu.

Bakarkan pada suhu 200°c selama 10 minit atau mengikut ketuhar anda. 

Apabila Biskut Nestum Cornflakes sudah siap, inilah hasilnya. Senang betul! Anak-anak kecil pasti suka. 😀

Image via Nor Zahidah Kamal / Facebook

Sumber resepi: Nor Zahidah Kamal

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi viral yang best di sini: