Sup ikan merah memang sedap dan aromanya sangat menyelerakan…
Bayangkan makan dengan nasi putih sahaja, fuh mantap!
Biasa kalau masak sup ikan mesti hanyir kan? Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Azleen Abdullah. Confirm jadi dan licin pinggan anda! Let’s get cooking.
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 biji bawang Holland
- 1 sudu besar biji ketumbar (atau serbuk)
- 1/2 sudu kecil lada hitam (atau serbuk)
- 2 helai daun salam
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 buntil pelaga
- Tomato
- Cili padi
- Daun supÂ
Cara penyediaan:
1. Basuh ikan dan lumurkan dengan limau atau asam jawa. Rendam seketika supaya hilang bau hanyir.Â
2. Hiriskan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar.Â
3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar sehingga naik bau.Â
4. Masukkan semua serbuk. Letakkan air yang secukupnya.
5. Letakkan 3 sekawan (1 batang kayu manis,1 kuntun bunga lawang dan 1 buntil pelaga).
6. Masukkan ikan merah dan biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Kemudian, masukkan tomato, cili padi dan daun sup. Siap!
Siap dah sup ikan yang panas-panas. Hidangkan dan selamat menjamu selera!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!