1. Untuk ayam, kisarkan bahan kisar sehingga lumut. Kemudian, sediakan juga hirisan bawang putih dan bawang holland untuk ditumis.
2. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam secukup rasa.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.
4. Dalam kuali yang sama, tumiskan bahan tumisan ayam sehingga naik bau.
5. Masukkan bahan kisar ayam dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian, letakkan sos cili, sos tiram, garam, air dan sedikit santan.
6. Seterusnya, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata. Akhir sekali, letakkan sedikit kicap.