HomeEntertainment"Lebam Mata" - Akibat Non-Stop Tengok Phone, Ibu Kenakan Anaknya Ini Curi...

“Lebam Mata” – Akibat Non-Stop Tengok Phone, Ibu Kenakan Anaknya Ini Curi Tumpuan

Cover image via
@bellanabilaaaaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Namun begitu, kadangkala anak-anak bertindak nakal sehingga ibu bapa merasa geram dengan mereka. Tambahan lagi, zaman sudah beredar kepada zaman teknologi yang canggih. Tidak dinafikan setiap anak mempunyai tablet atau phone masing-masing.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini tentang seorang anak diprank ibunya gara-gara tidak berhenti bermain telefonnya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@bellanabilaaaaaa

boleh cuba kat adik korang yang non stop tengok phone 24 jam tu #prank #fyp #foryou

original sound – belle – belle

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bellanabilaaaaaa di TikToknya, kelihatan seorang ibu sedang meletakkan eye shadow berwarna hitam di jarinya.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila ibunya bertindak mengusap mata anak lelakinya sambil pura-pura terkejut mengenai kondisi matanya.

“Pejam mata, mama tengok, adik betul lah…ya Allah”, katanya.

Si kecil itu lantas terus minta mandi dan makan ubat. Gaya dia nangis ketakutan dan gelabah membuatkan sekeluarga gelak sakan.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si kecil itu. Malah, ramai yang memuji ibunya kerana memberi mereka idea.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 180K tontonan, 24K tanda suka dan 500 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News