Cover image via
@fatinrawkk (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, anak merupakan rezeki yang Tuhan kirimkan untuk pasangan suami isteri. Ia merupakan satu amanah yang berat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita kongsi hadiahkan cucu namun balasan abahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi rakaman bayi yang sangat comel dan menggeramkan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia berkongsi telah menghadiahkan seorang cucu kepada keluarganya. Namun, dia menerima lagi dua orang adik sebagai balasan itu bikin ramai dekah.
“2021, bulan 4 aku bagi cucu kat abah”
“2021, bulan 6 abah bagi aku adik lagi, bukan 1, tapi 2 terus guys”, katanya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 693K tontonan, 62K tanda suka dan 677 komen di TikTok, rata-rata netizen turut tidak menyangka balasan abahnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: