Cover image via
@kiedaamy97_ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan saja perlu mempunyai persekitaran yang bersih, kadangkala tingkah laku kita semasa berada di kubur juga haruslah sentiasa berhati-hati. Tidak dinafikan, ada juga yang pernah merasa seram sejuk apabila tiba di kawasan kubur.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis terpaksa beranikan diri untuk lepaskan hajat di tandas depan kubur itu telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berada di tandas sebuah kawasan yang berdekatan dengan kubur.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia sanggup memberanikan diri untuk pergi ke tandas itu tanpa ditemani oleh sesiapa. Gadis itu juga menunjukkan situasi tandas itu yang berdepan dengan kawasan kubur. Akibat tidak tahan sakit perut, dia terpaksa pergi seorang diri.
Lebih melucukan lagi adalah apabila sebaik saja keluar daripada tandas, dia dilihat lari lintang pukang dengan memakai terompah itu keluar daripada kawasan itu.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video gadis itu bercerita sambil berlari. Malah, ramai yang menyakat gadis itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.2M tontonan, 143K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: