@kiwaktollah (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memang satu cabaran hendak memujuk setiap pagi. Kadangkala macam-macam ragam yang dilakukan mereka sampai pening kepala ibu bapa nak handle.
Namun, berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini berkenaan gelagat seorang budak perempuan menangis kerana mahu duduk di sekolah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kiwaktollah, kelihatan seorang budak perempuan sedang merajuk di dalam kereta.
Tidak lama kemudian, budak itu dilihat berlari keluar dari kereta namun sempat dipujuk bapanya untuk masuk kembali. Apa yang menghiburkan adalah apabila budak itu bersungguh-sungguh menangis kerana mahu duduk di sekolah.
Bapanya jelas terkedu dengan situasi tersebut kerana selalunya anak orang lain menangis tidak mahu ke sekolah tetapi terbalik pula bagi anaknya itu.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 474.9K views, 32.1K likes dan 2426K comments di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur apabila melihat gelagat budak itu menangis kerana mahu tinggal di sekolah.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: