Cover image via
@jackrandoms (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kadangkala insiden tersebut terjadi tanpa sengaja dan mungkin boleh berubah menjadi pengalaman manis yang baru.
Sama seperti apa yang berlaku kepada sekumpulan penari lelaki ini apabila sesuatu terjadi semasa mereka membuat persembahan tarian telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @jackrandoms, kelihatan dia dan kawan-kawannya sedang membuat persembahan tarian sempena sebuah majlis yang dihadiri oleh VIP.
Namun semasa mereka sedang menari, tiba-tiba muzik berhenti kerana masalah teknikal. Apa yang lebih menarik adalah mereka tetap meneruskan langkah tarian sambil mengikut tempo melalui mulut masing-masing.
“Bapak malu depan VIP but they said we were professional hahaha,” katanya di kapsyen video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 697.7K views, 128.3K likes dan 2.3K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan memuji cara mereka mengawal keadaan di pentas.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: