Telur sememangnya menjadi kegemaran ramai dan sering dipelbagai dalam menu masakan. Selepas dikupas, kulitnya tentu akan dibuang.
Tunggu! Jangan dibuang kulit telur itu. Tahukah anda, kulit telur mempunyai pelbagai manfaat untuk tanaman.
Salah satunya adalah untuk meningkatkan nutrisi pada tanaman. Ini kerana kulit telur mempunyai kandungan kalsium karbonat yang baik untuk tulang dan otot manusia.
Seperti manusia, tanaman juga memerlukannya dan ia diberikan melalui beberapa cara seperti melalui baja atau tanah. Tetapi pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu dari sisa-sisa telur putih. Kemudian, keringkan.
Berikut adalah beberapa manfaat kulit telur kepada tanaman:
1. Baja
Kulit telur boleh dijadikan baja tanaman. Tanaman akan menyerap kalsium dari kulit telur sehingga tumbuh segar.
Buat lubang-lubang kecil pada tanah dan masukkan kulit telur ke setiap lubang. Kemudian, taburkan lebihannya di sekitar pangkal tanaman.
Lakukan setiap dua minggu sekali.
2. Mencegah serangga perosak
Siput dan beberapa jenis cacing akan menyebabkan kerosakan serius pada tanaman.
Anda boleh melindungi tanaman dari serangga perosak ini dengan menaburkan kulit telur yang telah dihancurkan pada sekitar tanaman.
Serangga juga takut mendekati kulit telur yang kasar.
3. Menjauhkan kucing
Kucing kerap kali buang air besar pada pasu tanaman.
Untuk mencegahnya, taburkan kulit telur pada tanaman di bahagian yang sering didatangi kucing.
Kucing tidak suka kulit telur dan akan menjauhi tanaman jika menemukannya.
4. Baja kompos
Kulit telur sangat bagus sebagai baja kompos kerana ia menambahkan kalsium yang baik untuk tanaman.
Pastikan kulit telur benar-benar kering sebelum menaburkannya pada tanaman.
Jika anda memiliki tempat membuat baja kompos cacing, adalah bagus untuk menambahkan kulit telur ke dalamnya bagi menjaga tingkat pH yang diperlukan tanaman.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]