KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi melepaskan bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor, atas tuduhan rasuah RM1 juta.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah mereka tidak mahu meneruskan kes terhadap Tengku Adnan kerana beberapa “perkembangan baharu”.
Perbicaraannya dijadualkan bersambung hari ini.