
KAJANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ‘malu’ dan ‘aneh’ Presiden Zahid Hamidi yang bersetuju menyertai Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN), kerana UMNO bukan parti komponen gabungan itu.
“Di dalam anggota parti yang menyertai PN hanyalah PPBM dan PAS. Kenapa Umno sertainya?
“Kita hanya membenarkan beberapa ahli Parlimen terpilih menjadi menteri untuk menstabilkan situasi krisis politik yang sedang kita hadapi masa ini. Bukan selama-lamanya,” katanya pada sidang media selepas forum anjuran Majlis Profesor Negara.
BERITA LANJUT MENYUSUL