HomeNEWSKriteria pemilihan doktor muda ke jawatan tetap perlu telus, kata MMA

Kriteria pemilihan doktor muda ke jawatan tetap perlu telus, kata MMA

Kerajaan harus melanjutkan kontrak doktor muda sekurang-kurangnya 10 tahun, kata MMA dan kumpulan alumni perubatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kumpulan mewakili profesional perubatan menggesa supaya proses pemilihan doktor muda ke jawatan tetap di hospital kerajaan hospital dijadikan lebih telus.

Dalam kenyataan bersama, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan beberapa persatuan alumni perubatan berkata, kurang daripada 15% doktor muda yang bekerja secara kontrak ditawarkan jawatan tetap.

Ia berkata, dalam sistem sedia ada, hampir 4,000 doktor akan hilang jawatan mereka di hospital kerajaan hospital menjelang Mei 2022.

Menurutnya, doktor muda terbabit tidak dimaklumkan mengenai kriteria pemilihan untuk jawatan tetap kerana mereka hanya menerima garis kasar proses berkenaan daripada Kementerian Kesihatan.

“Ia menimbulkan kekeliruan dan tekanan kepada doktor muda kerana mereka tidak pasti mengenai masa depan dan bagaimana mereka boleh memperoleh jaminan keselamatan kerjaya mereka.”

MMA dan kumpulan alumni itu menggesa Kementerian Kesihatan supaya memaklumkan kriteria pemilihan ke jawatan tetap kepada umum dan berkongsi sistem kedudukan yang digunakan untuk memilih calon.

Menyifatkan isu tersebut sebagai “krisis dalam pengurusan sumber manusia”, mereka juga menggesa kementerian berkenaan supaya menambah bilangan jawatan tetap sedia ada dan melanjutkan kontrak doktor sekurang-kurangnya 10 tahun bagi membolekan mereka membuat pengkhususan.

“Pandemik yang kita hadapi mencabar bukan hanya kerana sebaran jangkitannya, tetapi juga kesannya ke atas perkhidmatan kesihatan sedia tertekan dan kurang kakitangan.

“Kita harap pengorbanan dan khidmat doktor dan pekerja kesihatan lain, lebih-lebih lagi doktor muda akan diingati dan diberi ganjaran adil,” katanya.

Must Read

Related News