Mark C/Yelp
& Balenciaga
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Malah, ianya juga merupakan salah satu jenama yang paling berpengaruh dalam industri fesyen. Jenama kini dikawal oleh Gucci, anak syarikat Kumpulan Kaiyun Perancis.
Pernah tular dengan beg tote yang dikatakan mirip laundry bag, Balenciaga sekali mencuri tumpuan ramai apabila melancarkan koleksi kasut terbaru mereka yang mengetengahkan tema terlalu lusuh dan buruk.
Koleksi terbaru itu datang dalam tiga gaya berbeza iaitu full destroyed, high cut dan mule.
Disediakan dalam warna merah, putih dan hitam, kasut itu mempunyai semua kesan lusuh yang boleh ditemui pada sepasang kasut buruk yang sepatutnya dibuang dengan logo Balenciaga di hujung tapak.
Menurut kenyataan akhbar Balenciaga, koleksi Paris Sneaker membawa terjamahan bahawa kasut keluaran jenama itu layak dipakai seumur hidup meskipun setelah bertukar lusuh.
Bagi koleksi berwarna hitam dan putih, Balenciaga mengehadkan 100 pasang sahaja untuk dijual di seluruh dunia.