Kluster dikesan di 3 daerah Selangor, KL

0
371

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengenalpasti 2 kluster baharu dalam tempoh 24 jam lalu membabitkan Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Seruling dikesan di tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Hulu Selangor, dan Petaling; manakala Kluster Tapak Bina Darul membabitkan tiga daerah di Kuala Lumpur iaitu Cheras, Titiwangsa, dan Lembah Pantai.