Klinik Ini Kongsi Kompilasi Video Baby Kencing Dalam Perut Ibu, Ramai Pula Yang Baru Tahu

0
222
Cover image via
@poliklinikfasya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah pasti, pada masa dapat tahu saja sedang mengandung, macam-macam persiapan telah dilakukan demi keselesaan anak tersayang. Malah, tidak sabar mahu mengetahui perkembangan mereka setiap kali berjumpa dengan doktor.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila sebuah poliklinik berkongsi kompilasi gelagat baby kencing semasa dalam perut ibu telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video daripada @poliklinikfasya, kelihatan mereka berkongsi antara gelagat bayiyang pernah membuang air kecil semasa sedang melakukan scan di klinik tersebut.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah dapat kita lihat bermacam-macam gelagat baby yang dikongsi kerana mereka tidak tahan mahu membuangnya. Perkongsian itu ternyata telah mengundang tumpuan ramai di media sosial.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka selepas saja melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 985.6K views, 52.7K likes dan 752 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: