@khairulaming (Twitter)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Terkenal dengan resepinya yang pelbagai dan juga produknya Sambal Nyet, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairulaming terpaksa membatalkan rancangan ’30 Hari 30 Resepi’ edisi sahur untuk Ramadan tahun ini.
Content creator merangkap usahawan yang berasal daripada Kelantan itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan rancangannya akibat kesan sampingan Covid-19 yang dihadapi. Dia dipercayai dijangkiti virus tersebut seminggu sebelum bulan puasa bermula.
Khairulaming berkongsi berita itu di Twitter miliknya yang mempunyai sebanyak 1.1 juta pengikut.
“Aku taknak push diri dalam badan tak sihat untuk deliver video kalau aku sendiri tak enjoy buat benda tu. Due to this reason aku akan stop dahulu video sahur and focus pada video berbuka and live sahaja,” kongsi Khairulaming.
Khairulaming turut berkongsi pengalamannya dijangkiti Covid-19 di mana dia mengatakan ia mungkin seolah-olah demam biasa namun side effect penyakit itu amat memberi kesan kepadanya.
Food content creator yang sudah lama berkongsi resepi sejak tahun 2018 ini sudah berjaya meraih sebanyak 3.3 juta pengikut di Instagram dan video Khairulaming sudah menjadi sebahagian daripada bulan Ramadan untuk masyarakat Malaysia dek kerana resepinya yang sering membuat penonton terliur.
Setakat ini Khairulaming telah memuat naik lebih 200 video resepi di media sosial miliknya yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan lokal, minuman, kuih-muih dan banyak lagi.