PETALING JAYA: Kes sembuh merekodkan sebanyak 1,750 mengatasi kes baru iaitu 1,012 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 1,005 kes adalah penularan tempatan manakala bakinya kes import.
“Selangor melaporkan jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 417 kes, diikuti Sabah (271 kes) dan Johor (108 kes),” katanya dalam kenyataan.
Sehingga kini, terdapat 126 kes positif sedang dirawat di ICU, yang mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau turut melaporkan terdapat pertambahan 4 kematian pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 388 kes.
“Semua kes dilaporkan di Sabah dengan kes berumur antara 33 tahun hingga 92 tahun,” katanya.
Setakat ini, Malaysia merekodkan 75,306 kes sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,862 kes.