HomeNEWSKes Covid-19 di UK turun 26.5% minggu lepas

Kes Covid-19 di UK turun 26.5% minggu lepas

Jumlah kes Covid-19 direkodkan di UK bagi tujuh hari terakhir adalah sebanyak 41,755 berkurang sedikit berbanding minggu sebelumnya atau penurunan sebanyak 25.6%. (Gambar AP)

LONDON: Data kerajaan United Kingdom (UK) pada Khamis menunjukkan 17,555 jangkitan baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam di seluruh negara itu, lapor agensi Anadolu.

Jumlah kes direkodkan bagi tujuh hari terakhir adalah 41,755 berkurang sedikit berbanding minggu sebelumnya atau penurunan sebanyak 25.6%.

Kes yang disahkan pula berjumlah 1,574,562.

Jumlah kematian 498, naik 411 atau 14.4% untuk minggu terakhir, meningkatkan jumlah korban kepada 57,031.

Data itu dikeluarkan sebaik sahaja pemerintah mengumumkan kawasan di England yang akan tersenarai di bawah peringkat tiga larangan Covid-19 menjelang tamatnya tempoh sekatan pergerakan pada 2 Dis.

Keseluruhannya 99% penduduk England akan berada di peringkat dua, dan 1% diletakkan pada peringkat satu.

Keputusannya akan ditentukan menerusi undian di Parlimen minggu depan, yang dijangka meluluskannya setelah pembangkang Parti Buruh berjanji tidak akan menghalang usaha pemerintah menangani krisis itu.

Walaupun kerajaan berikrar untuk mengkaji mengenai peringkat larangan secara mingguan bermula pertengahan Dis dan seterusnya, penyokong Parti Konservatif yang berkuasa tidak senang dengan pengumuman itu.

Ahli Parlimen Konservatif Steve Baker, lantang menentang sekatan pergerakan, menulis di Twitter: “Penguatkuasaan di tempat kerja hari ini sangat membimbangkan.

“Tetapi adakah ia benar-benar perlu dan setara dengan ancaman penyakit ini? Pemerintah perlu mendedahkan analisis mereka.”

“Mengenai ekonomi dan Covid-19, saya khuatir kita semakin tersasar dan tidak menyedarinya,” tambahnya.

Ketua kumpulan penyokong yang mewakili anggota Parlimen Konservatif Graham Brady turut tidak bersetuju dengan sekatan baru itu.

Sebelumnya, Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock mengatakan di Parlimen: “Terima kasih atas pengorbanan bersama semua pihak dalam beberapa minggu terakhir, dengan mematuhi sekatan nasional.

“Kami mulai dapat mengendalikan virus tersebut dan memperlambat penularannya dan megurangkan beberapa tekanan yang dihadapi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan.

Must Read

Related News