Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kadangkala kita sering dikejutkan dengan pelbagai situasi yang ‘menyeramkan’ bukan?
Sama seperti tularnya satu video di media sosial ini yang dimuat naik sendiri oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh di laman Twitter rasminya.
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 18 saat itu, beliau menuntut penjelasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan berkenaan isu rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan Taman Rimba Kiara di Parlimen.
Walau bagaimanapun, dalam video tersebut dilihat terdapat kerusi di belakangnya ‘bergerak secara sendiri’ ketika beliau berucap bermula pada saat ke-11.
Tonton video berkenaan di bawah:
Kerusi belakang pusing sendiri pic.twitter.com/Fsv74ggYyG
— Raaj (@mraaj89) September 22, 2021
Tiada individu yang dilihat duduk di kerusi berkenaan ketika ia berpusing sendiri
Hasil semakan SAYS Seismik di portal rasmi Parlimen Malaysia mendapati kerusi tersebut memang ‘kosong’ dan tiada pemilik berdasarkan tempat duduk Ahli Dewan Rakyat.
Malah ketika Hannah Yeoh berucap, difahamkan tiada individu yang dilihat duduk di kerusi berkenaan ketika ia berpusing sendiri.
Berikut kami sertakan juga kedudukan tempat Ahli Dewan Rakyat berdasarkan gambar rajah yang dimuat naik di portal rasmi Parlimen Malaysia:
Image via Parlimen Malaysia
Kedudukan kerusi di belakang Hannah Yeoh sebelum ‘berpusing’ sendiri.
Image via @hannahyeoh (Twitter)
Kedudukan kerusi di belakang Hannah Yeoh selepas ‘berpusing’ sendiri.
Image via @hannahyeoh (Twitter)
“Hantu pun dah ambil alih kerusi MP dalam Parlimen” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis video itu sudah pun meraih lebih 70.8K views, 392 retweets dan 551 likes di laman Twitter.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen berseloroh mengatakan kemungkinan besar terdapat ‘hantu’ yang tinggal di bangunan Parlimen kerana setelah kian lama ‘ditinggalkan’ dan tidak dibuka.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Hantu lagi berminat nak hadir parlimen dibandingkan dgn MP. PRU depan kita undi hantu ja la.
— qie #13YearsWithIU (@qiechan516) September 22, 2021
Hadir tapi sembunyi bawah meja spjg sesi perbahasan.
— Edward Newgate (@EdwardN57528755) September 22, 2021
Hahahah parlimen lama sangat kosong, sampai hantu pun take over hahahah
— naz-ghul (@anasnazri) September 23, 2021
ostad ramai tu. baca2 tiup2 sikit.
— shylock (@shylocked8) September 22, 2021
Parliament closed too long d so got new residence
— Bigbear88 (@Bigbear8816) September 22, 2021
There was rumors long ago that Parliament building was already haunted by ghost lols
— hareshanand govindasamy (@HaarreessH) September 22, 2021
Sape la bawak saka masuk dewan ni.. tipu attendance ke
— lady sedih (@backupkenalock) September 22, 2021
Yb tak rasa goosebumps ke lpas tengok kerusi belakang berpusing lpas ayat “Menentang Rakyat”????
— Mohamad Iskandar Abdullah Hukum (@HukumMohamad) September 22, 2021
Boothnath kot tu
— ४ ४ (@adhycharmant) September 22, 2021
— Datin Sri Markonah Mastopo (@EsahYang) September 22, 2021
Parlimen ni dah setahun lebih tutup perbahasan so adalah yg menghuni..
— FZN (@zahnfauthan) September 22, 2021
kucing lari bawah tu
— MUHAMMAD ADIB (@namasayaadib) September 23, 2021
Alamak seram sejuk pula bila tengok video ni balik, korang rasa kerusi tu ‘berpusing’ sendiri kenapa?
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik